Wanita hidup lebih setahun dengan empat kening - Utusan Malaysia

Wanita hidup lebih setahun dengan empat kening

NIPAPRON Meeking menunjukkan gambar keadaan keningnya sebelum diperbaiki. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita di Thailand terpaksa hidup dengan dua pasang kening di mukanya selama lebih setahun, selepas melakukan prosedur mencacah tatu pada bahagian keningnya.

Lapor Oddity Central, prosedur tatu kening cukup popular di seluruh dunia dan apabila dilakukan dengan betul, ia mampu membuatkan individu kelihatan lebih cantik.   

Namun, malangnya, itu bukan pengalaman wanita berusia 32 tahun itu yang mengalami mimpi ngeri selepas prosedur tatu kening dilakukannya gagal.

Lebih setahun lalu, Nipapron Meeking membayar sebanyak 1,500 baht (RM184.11) di sebuah klinik kecantikan yang kecil di wilayah Rayong, timur Thailand untuk melakukan prosedur tatu kening. 

Dia berbuat demikian dengan harapan akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik.

Bagaimanapun, prosedur berkenaan tidak menjadi apabila tatu kening palsu itu tidak menutupi yang asli.

“Saya masih ingat insiden itu, melancong bersama rakan-rakan dan mahu ‘kening baharu’ untuk kelihatan cantik.

“Kawan saya mencadangkan sebuah kedai untuk mendapatkan kening yang cantik, namun selepas menjalani prosedur itu, saya melihat cermin dan tidak dapat berkata lagi,” katanya.     

Pada mulanya, pekerja di klinik itu berjanji untuk memperbaiki kesilapan tersebut secara percuma pada keesokan harinya.

Namun, keesokan hari, Nipapron mendapati klinik itu sudah ditutup malah premis tersebut tidak dibuka lagi sehingga dia terpaksa hidup dengan empat kening di mukanya.

“Saya juga sudah mengunjungi banyak kedai tatu lain tetapi mereka juga tidak dapat memperbaikinya,” katanya.

Akhirnya, Nipapron menemukan artis tatu bernama Pattawee Phumkasem yang  membantu memadamkan kening palsu itu secara percuma. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya