Tiada penduduk `buru' iPhone 14 di premis Apple UK - Utusan Malaysia

Tiada penduduk `buru’ iPhone 14 di premis Apple UK

SYARIKAT Apple di United Kingdom (UK) hanya membenarkan pelanggan yang membuat pratempahan mendapatkan iPhone 14 di premis mereka. - APPLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Para peminat koleksi gajet jenama Apple di seluruh dunia sanggup beratur lama di luar premis berkenaan untuk mendapatkan telefon pintar baharu iPhone 14 dan iPhone 14 Pro.        

Lapor Daily Mail, pelancaran telefon pintar baharu itu menyebabkan barisan panjang terbentuk seawal pagi sebelum premis Apple di Singapura, Thailand dan Jepun, mula dibuka.     

Namun, situasi demikian tidak berlaku di United Kingdom (UK) ketika negara itu dalam tempoh berkabung selama 10 hari susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Cawangan Apple UK hanya membenarkan pelanggan yang membuat pratempahan untuk mendapatkan telefon pintar mereka di premis selepas ia dibuka pada pukul 8 pagi (waktu tempatan).   

Peraturan itu akan dilaksanakan sehingga Ahad dan semua premis perniagaan ditutup ketika upacara persemadian Ratu Elizabeth II. 

Kerajaan Britain mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena upacara persemadian Ratu Elizabeth II.

Sementara itu, rata-rata peminat iPhone di beberapa negara lain pula dilaporkan beratur di luar premis Apple sehingga 12 jam.   

Telefon pintar iPhone 14 dilancarkan di lebih 30 negara termasuk di Amerika Syarikat (AS), UK, Australia, China, Perancis, Jepun dan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya