Thailand bina jambatan baharu di Sungai Golok - Utusan Malaysia

Thailand bina jambatan baharu di Sungai Golok

SEMPADAN Thailand-Malaysia di Sungai Golok di wilayah Narathiwat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand menyatakan persetujuan untuk membina sebuah jambatan baharu di Sungai Golok, yang akan berfungsi sebagai satu lagi laluan penyeberangan sempadan dengan Malaysia.

Thailand dan Malaysia berharap jambatan baharu yang menghubungkan Sungai Golok di wilayah Narathiwat ke Kelantan, akan merancakkan lagi sektor pelancongan serta hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Lapor thethaiger.com, jambatan baharu itu akan menjadi jambatan ketiga dibina merentasi sungai.

“Ia bakal menyertai `Jambatan Harmoni’ di Sungai Golok yang menghubungkan laluan ke Rantau Panjang,” jelas laporan itu.

Jambatan kedua yang dibina di kawasan sungai itu menghubungkan Bukit Bunga dengan perkampungan Buketa di daerah Waeng, wilayah Narathiwat.

Bulan lalu, Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai bersama rakan sejawatnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersetuju untuk meningkatkan infrastruktur di sempadan negara.

“Usaha itu bagi membantu mencapai matlamat perdagangan dua hala sebanyak AS$300 bilion (RM1.35 trilion) menjelang 2025.

“Justeru, mereka berharap agar mempercepatkan pembinaan jalan menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Sadao yang penting untuk meningkatkan hubungan perdagangan Malaysia-Thailand,” jelas laporan itu. 

Tambah laporan itu, Thailand dan Malaysia juga mempertimbangkan pembinaan jambatan keempat yang menghubungkan Pengkalan Kubor ke daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, penilaian kawasan dan kajian topografi perlu dilakukan sebelum rundingan dapat diteruskan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya