Tentera Russia semakin hilang rentak di Ukraine

Tentera Russia semakin hilang rentak di Ukraine

TRELER tentera Ukraine membawa kereta kebal Russia yang ditinggalkan semasa serangan balas di wilayah Kharkiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov mengakui Russia semakin hilang rentak dalam operasi ketenteraan khas di Ukraine.

RAMZAN KADYROV

Lapor Al Jazeera, Ramzan yang juga sekutu Presiden Vladimir Putin mengkritik prestasi tentera Russia selepas gagal menawan Izyum yang merupakan hab bekalan kritikal di wilayah Kharkiv di timur Ukraine.

Dalam mesej suara berdurasi 11 minit yang disiarkan di aplikasi Telegram, Ramzan mengakui operasi itu tidak berjalan sepertimana yang dirancang sebelum ini.

“Sekiranya perubahan tidak dilakukan dalam pengendalian operasi ketenteraan khas, maka saya terpaksa memaklumkan kepada kepemimpinan negara mengenai situasi sedang dihadapi oleh mereka di lapangan.

“Saya bukan pakar seperti mereka di kementerian pertahanan, namun ia amat jelas kesilapan telah dilakukan.

“Saya rasa mereka akan membuat beberapa keputusan,” katanya sambil menambah semua penempatan akan kembali ke kawalan Russia.

Kritikan itu muncul selepas kepemimpinan tentera Russia seolah-olah leka dengan serangan balas Ukraine terhadap operasi ketenteraan khas di timur laut negara itu.

Nasionalis Russia menggesa Putin melakukan perubahan segera bagi memastikan kemenangan dalam perang Ukraine, sehari selepas Moscow terpaksa meninggalkan benteng utamanya di timur laut Ukraine.

Kejatuhan Izyum disifatkan sebagai kekalahan tentera Russia yang paling teruk sejak pasukan itu dipaksa pulang dari ibu negara Ukraine, Kyiv pada Mac lalu.

Ketika tentera Russia meninggalkan bandar demi bandar pada Sabtu lalu, Putin dilaporkan melancarkan roda Ferris terbesar Eropah di Taman Moscow serta pertunjukan bunga api menerangi langit di Dataran Merah bagi meraikan ulang tahun penubuhan bandar itu pada tahun 1147.

Moscow dikatakan mengambil pendekatan berdiam diri mengenai kekalahan itu, malah tidak memberi sebarang penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku di timur laut Ukraine.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ketara dalam kalangan pengulas properang dan nasionalis Russia di media sosial.

Ketika kekalahan itu berlaku, Kementerian Pertahanan Russia menyiarkan rakaman video yang memaparkan pasukan tentera dihantar ke wilayah Kharkiv.

Semalam, Kementerian Pertahanan memaklumkan tentera Russia menyerang posisi Ukraine di wilayah itu, dengan peluru berpandu dan bom.

Wartawan Al Jazeera dari Kyiv melaporkan banyak saluran Telegram pro-Rusia mengakui ia merupakan kekalahan.

Malah, seorang penganalisis pertahanan berprofil tinggi berkata pasukan tentera mereka berada dalam krisis operasi dan Ukraine sudah merebut kelebihan dalam peperangan ini.

MOSCOW BERDIAM DIRI

Baik Putin mahupun Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu enggan mengulas secara terbuka mengenai kekalahan itu.

Putin berkata, mereka yang terkorban dalam operasi Ukraine dikatakan menyerahkan nyawa mereka untuk Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya