'Spider-Man' panjat bangunan tanpa sebarang alat keselamatan

‘Spider-Man’ panjat bangunan 48 tingkat tanpa sebarang alat keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang pendaki yang dikenali sebagai ‘Spider-Man’ Perancis meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 dengan memanjat sebuah bangunan pencakar langit setinggi 48 tingkat tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Alain Robert memanjat Menara TotalEnergies di kawasan perniagaan Defense, Paris tanpa menggunakan tali atau abah-abah.

“Saya ingin menghantar mesej kepada orang ramai bahawa umur 60 tahun bukanlah menjadi halangan untuk anda bersukan, kekal aktif serta melakukan perkara yang hebat,” katanya kepada agensi berita Reuters.

Bagaimanapun, selepas tiba di puncak bangunan, lelaki itu dilaporkan ditangkap oleh pihak polis.

Katanya, dia hanya mengambil masa selama 60 minit untuk sampai ke puncak.

Dia turut menjelaskan tujuan pendakian itu juga adalah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pemanasan global.

Sebelum ini, Robert pernah mendaki menara itu beberapa kali.

“Saya berjanji kepada diri sendiri beberapa tahun lalu, sekiranya sudah mencecah 60 tahun, saya akan mendaki menara itu semula kerana 60 melambangkan usia persaraan di Perancis dan saya fikir ia adalah bagus,” katanya.

Robert sememangnya terkenal dengan memanjat bangunan tinggi di seluruh dunia.

Pencapaian beraninya termasuk mendaki puncak Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya