DUBAI: Ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar selepas hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Semasa hidupnya, Sheikh Yusuf lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi.
Tokoh Pemikir Islam itu hidup dalam buangan dari Mesir sebelum Revolusi 2011 yang menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak.
Sheikh Yusuf tidak dapat kembali ke Mesir berikutan penggulingan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 2013.
Berita pemergian itu diumumkan dalam akaun Twitter rasmi beliau, hari ini.
Ulama tersohor itu meninggalkan legasi ilmunya yang begitu besar untuk manfaat umat masa kini.-AGENSI