Sekeluarga tinggal 'sehelai sepinggang' selepas rumah dirobohkan ceti haram

Sekeluarga tinggal ‘sehelai sepinggang’ selepas rumah dirobohkan ceti haram

UNDANG menceritakan kepada Kompas.com mengenai rumahnya yang dirobohkan ceti haram selepas dia gagal melunaskan hutangnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARUT: Seorang penduduk di Kampung Haurseah di Garut, Jawa Barat hanya mampu menitiskan air mata melihat rumahnya dirobohkan oleh ceti haram atau ah long akibat gagal melangsaikan hutang berjumlah 1.3 juta rupiah (RM394).

Lelaki yang dikenali sebagai Undang itu memberitahu, rumah tersebut merupakan peninggalan ibu dan ayahnya yang sudah meninggal dunia.

“Itu rumah keluarga kami. Ketika ia dirobohkan, saya dan isteri tiada di rumah.

“Kami keluar untuk mendapatkan bantuan bagi melangsaikan hutang dan sebaik sahaja tiba di rumah, kami lihat semuanya sudah tiada, semuanya rata.

“Saya dan isteri serta anak tidak dapat menahan air mata melihat keadaan itu,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Undang, dia bekerja sendiri, manakala isterinya bekerja sebagai pembantu rumah di Bandung dan turut dibantu anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun.

Sebelum ini, Undang terpaksa meminjam duit daripada ceti haram bagi memenuhi keperluan hariannya.

Lelaki itu membuat pinjaman duit sebanyak 1.3 juta rupiah dengan bunga 350,000 rupiah (RM106) setiap bulan.

“Kami sudah langsaikan bayaran bunga pada bulan lalu, tinggal pinjaman pokok sahaka, tapi disebabkan pelbagai masalah, saya dan isteri tidak dapat melangsaikan hutang tepat pada waktunya,” jelas Undang.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Pelajar Jawa Barat, Yudi Arief memaklumkan, pihaknya bersedia membantu keluarga Undang.

Katanya, ketika ini, Undang ditempatkan di kampus pelajar, manakala isteri dan anaknya masih berada di Bandung.

“Kita akan cari jalan bagaimana untuk membantu Undang dan keluarganya, sementara itu, kita beri ruang kepada keluarga tersebut untuk bertenang dan selesa,” ujar Yudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya