JAKARTA: Suami kepada penulis terkenal Dewi Lestari, Reza Gunawan meninggal dunia pada pukul 11.53 pagi (waktu tempatan), hari ini.
Berita mengejutkan itu dikongsikan oleh seorang selebriti, Alvin Adam melalui Instagram, lapor CNN Indonesia.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tangerang Selatan.
Beberapa hari lalu, Dewi memaklumkan suaminya menderita penyakit strok dan pendarahan sejak sebulan lalu.
Menerusi perkongsian dalam Instagram sebelum ini, Dewi berkata, suaminya akan menjalani ‘perjalanan pemulihan yang panjang’.
“Satu bulan satu minggu lamanya. Reza dirawat di hospital akibat strok dan kini akan melanjutkan pemulihan di rumah.
“Ini akan menjadi perjalanan pemulihan yang panjang. Untuk waktu yang tidak bisa dipastikan. Reza belum bisa memuka kelas mahupun memenuhi undangan mengajar,” katanya.