Rakyat Indonesia mahu Ferdy Sambo dihukum mati

Rakyat Indonesia mahu Ferdy Sambo dihukum mati

FERDY SAMBO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kajian oleh Institut Tinjauan Indonesia (LSI) mendapati majoriti rakyat mahu Ferdy Sambo dihukum mati sekiranya terbukti pegawai polis itu adalah dalang di sebalik kes pembunuhan Nofriansyah Yosua Hutabarat.

Pengarah Eksekutif LSI, Djayadi Hanan berkata, sebanyak 50.3 peratus responden setuju bekas Ketua Bahagian Profesion dan Pengamanan Polis Negara layak dikenakan hukuman mati.

Katanya, 36.8 peratus responden pula mahu Ferdy dihukum penjara seumur hidup dan lima peratus lain mahu dia dikenakan 20 tahun penjara.

“Baki 1.2 peratus berkata, dia perlu dikenakan hukuman lain dan 6.7 peratus pula tidak memberikan sebarang jawapan,” katanya lapor CNN Indonesia.

Djayadi berkata, tinjauan LSI mendapati majoriti responden tidak percaya alasan mangsa yang dikenali sebagai Brigadier J dibunuh kerana mengugut dan melakukan serangan seksual terhadap isteri Ferdy, Putri Candrawati.

Disebabkan itu, katanya, ramai yang mahu motif pembunuhan mangsa didedahkan kepada khalayak.

Tinjauan LSI melibatkan 1,220 responden yang dijalankan sejak 13 hingga 21 Ogos lalu.

Responden merupakan individu berusia 17 tahun atau sudah berkahwin serta tinggal di pelbagai kawasan di seluruh negara.

Julai lalu, anggota polis, Brigadier J maut ditembak Bharade E dalam insiden pembunuhan terancang di Duren Tiga, Jakarta Selatan.

Hasil bedah siasat ulangan terhadap mayat Nofriansyah menunjukkan punca kematiannya disebabkan kecederaan tembakan, termasuk di bahagian kepala dan dada.

Setakat ini, lima individu didakwa sebagai suspek iaitu Bharada E, Bripka RR dan pembantu rumah, Kuwat Maruf dengan Ferdy dan Putri menjadi suspek utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya