Rajapaksa pulang ke Sri Lanka esok

Rajapaksa pulang ke Sri Lanka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang hidup sebagai pelarian di Thailand akan pulang ke tanah air esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai pertahanan tertinggi Sri Lanka.

“Beliau tinggal di sebuah hotel di Thailand sebagai banduan maya dan bersiap sedia kembali ke Sri Lanka.

“Kami diberitahu Rajapaksa akan pulang pada hari Sabtu (esok),” katanya pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Rajapaksa pada mulanya melarikan diri ke Maldives selepas dihalau keluar oleh 100,000 penunjuk perasaan yang mendesak beliau meletak jawatan.

Tidak lama selepas itu, presiden yang digulingkan itu terbang ke Singapura, menyaksikan beliau diberikan kediaman sementara tanpa sebarang perbincangan tentang pengampunan atau penempatan jangka panjang.

Rajapaksa tiba di Thailand pada 11 Ogos lalu selepas visa Singapura tamat dan Bangkok mengesahkan akan menerima kehadirannya tanpa sebarang permohonan visa.

Polis menasihati Rajapaksa untuk kekal berada di hotelnya yang terletak di tengah Bangkok atas faktor keselamatan memandangkan ramai penduduk tempatan menentang kehadiran beliau di Thailand.

Kemelut politik dan ekonomi Sri Lanka menjadi huru-hara pada April lalu selepas negara itu kehilangan bekalan elektrik selama 13 jam, gangguan bekalan paling lama pernah direkodkan.

Sejak itu, Sri Lanka tidak mampu membayar bagi mengimport barangan keperluan seperti bahan api, ubat dan barangan keperluan lain.

Rajapaksa dituduh gagal menguruskan ekonomi negara pulau itu sehingga kehabisan pertukaran asing untuk membiayai import penting, sekali gus membawa kepada kesukaran teruk untuk 22 juta penduduknya, dengan empat daripada lima rakyat Sri Lanka terpaksa mengikat perut.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya