Pusat karaoke terbakar: 32 rentung ketika berhibur

Pusat karaoke terbakar: 32 rentung ketika berhibur

RAMAI mangsa tidak dapat keluar dari pusat karaoke ini berikutan asap tebal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jumlah korban kebakaran yang berlaku di sebuah premis karaoke di selatan Vietnam dilaporkan meningkat kepada 32 orang.

Kebakaran yang memusnahkan premis dua tingkat itu berlaku pada malam kelmarin, menyebabkan ramai pengunjung dan pekerja terperangkap, selain kawasan tangga dan pintu kecemasan diselubungi asap tebal menyebabkan mangsa sukar mencari jalan keluar.

Kebanyakan pengunjung di pusat hiburan itu menyerbu bahagian balkoni untuk menyelamatkan diri, malah ada yang sanggup terjun.

Sejumlah imej yang dikongsi menunjukkan asal tebal menyelubungi bar itu yang terletak di bandar Thuan An di utara Ho Chi Minh.

Kawasan sekitar juga dipenuhi dengan beberapa jentera bomba yang berusaha memadamkan kebakaran.

Akhbar tempatan, Cong An Nhan Dan melaporkan, jumlah kematian meningkat 32 orang, melibatkan 17 lelaki dan 15 wanita.

Jurucakap pihak berkuasa, Mai Hung Dung sebelum ini memaklumkan angka korban seranai 23 dengan 11 cedera.

Media tempatan melaporkan, seramai lapan mangsa ditemukan maut di tandas.

Siasatan awal mendapati kebakaran disebabkan oleh litar pintas dan pemeriksaan akan dilakukan secara menyeluruh.

Seorang saksi, Nguyen Sang yang tinggal berhampiran pusat hiburan itu memberitahu, dianggarkan 40 mangsa terperangkap dalam premis berkenaan ketika jentera bomba di lokasi kejadian.

“Ramai pengunjung berlari keluar dari pintu utama dan ramai juga yang terperangkap sehingga ada yang terjun, menyebabkan patah kaki serta tangan.

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh mengarahkan lebih banyak premis berisiko tinggi diperiksa secara teliti bagi mengelakkan insiden serupa berulang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya