Pisang goreng milik Indonesia?

Pisang goreng milik Indonesia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB: Pisang goreng dikategorikan sebagai milik Indonesia oleh laman web TasteAtlas yang berpangkalan di Croatia.

Menerusi hantaran dalam Facebook TasteAtlas, pisang goreng menduduki tempat ke 42 daripada senarai 50 makanan terbaik di dunia.

Pisang goreng mendapat skor 4.6 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.

Laman web itu sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari serata dunia.

TasteAtlas adalah projek yang diasaskan oleh wartawan dan usahawan, Matija Babic dari Croatia.

Babic menggelarkan dirinya sebagai ensiklopedia hidangan makanan tradisional dunia, pengumpul bahan-bahan tempatan dan restoran asli.

Sehingga kini, syarikat yang terdiri daripada 30 pengarang dan penyelidik sudah menyenaraikan lebih 10,000 makanan dan minuman serta 9,000 restoran di seluruh dunia.

Berdasarkan senarai terkini itu, roti canai diumumkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia dengan mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.

Di tempat kedua, lumpiang Shanghai yang dikenali sebagai Filipino spring rolls serta diikuti Karaage dari Jepun dan Banh Mi, Vietnam.

Carta tersebut turut menyenaraikan makanan lain seperti samosa (India), pisang goreng (Indonesia), pizza (Itali) dan shawarma (Lebanon).

Pengumuman itu sudah pasti menggembirakan ramai rakyat Malaysia yang berkongsikan cara menikmati roti canai dengan kari ayam, daging dan kuah dal.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya