Penyakit Legionnaires terus hantui Argentina

Penyakit Legionnaires terus hantui Argentina

BERBANDING dengan Covid-19 yang kurang menyebabkan kematian, jelasnya, Penyakit X dijangka mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Pihak berkuasa kesihatan Argentina mengesahkan penyakit Legionnaires menjadi punca enam individu meninggal dunia akibat radang paru-paru `misteri’ di negara itu.

Situasi di Tucuman, sebuah wilayah kecil kira-kira 1,287 kilometer (km) barat laut Buenos Aires, mencetuskan kebimbangan kerana persamaannya dengan gejala permulaan wabak Covid-19 di Wuhan, China.

Ketika kes pertama kali dikesan di Tucuman, doktor menguji pesakit bagi Covid-19, influenza dan hantavirus ekoran gejala dialami adalah sama namun semuanya adalah negatif.

Ia secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan bahawa patogen yang tidak pernah dilihat sebelum ini mungkin merebak dari haiwan ke manusia.

Bagaimanapun, ujian saringan dijalankan mengesahkan kesemua 11 pesakit berkenaan diuji positif untuk penyakit Legionnaires.

Beberapa bentuk bakteria boleh menyebabkan penyakit Legionnaires yang membawa maut.

Setakat ini, mangsa terbaharu dijangkiti Legionnaires membabitkan seorang wanita berusia 70 tahun yang menjalani pembedahan pundi hempedu dan lelaki berusia 64 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit lain.

Pihak berkuasa mengesahkan seorang lelaki berusia 81 tahun di Tucuman menjadi mangsa terbaharu meninggal dunia akibat penyakit Legionnaires.

Kesemua kes itu dikaitkan dengan kluster sama tercetus di klinik kesihatan swasta di bandar barat laut San Miguel de Tucuman.

Sementara itu, dua pesakit yang dijangkiti masih sedang dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah.

Seramai 12 pesakit lain yang tidak dijangkiti dari klinik itu, sudah dipindahkan ke hospital Centro de Salud di bandar yang sama.

Pihak berkuasa kesihatan memindahkan pesakit berkenaan sebahagian pelan kontingensi untuk mengelakkan sebarang penularan selanjutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya