Pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran - Utusan Malaysia

Pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Seorang pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika berisaran langsung.

Namun, pembaca berita wanita itu tidak berasa jijik dengan insiden itu, malah turut bekongsi rakaman bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak tersebut.

“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

Ketika kejadian, Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan.

Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika.

Kemudian, wanita itu menyambun kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak lama kemudian, Fara berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial dan tindakannya yang tidak melatah mendapat pujian orang ramai.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Farah seorang yang profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita.

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

Farah juga memaklumkan, sesiapa sahaja akan bertindak sepertinya, iaitu meneruskan bacaan berita kerana adalah lebih memalukan jika melatah di depan kamera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya