Pemandu Ojol, Angkot rungsing harga minyak naik

Pemandu Ojol, Angkot rungsing harga minyak naik

PEMANDU teksi angkutan kota (angkot) akan terjejas teruk dengan kenaikan harga minyak petrol bersubsidi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol bersubsidi bagi kategori pertalite dan diesel bermula hari ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.  

Lapor Kompas.com, peningkatan harga minyak selepas pandemik Covid-19 itu menjejaskan pelbagai segmen masyarakat termasuk seorang pemandu teksi motosikal dalam talian (Ojol).  

Pemandu Ojol, Mamat Afrizal, 33, menentang keras kenaikan harga tersebut kerana pihak kerajaan langsung tidak memikirkan beban yang terpaksa ditanggung dirinya.  

“Sudah tentu beban akan bertambah kerana kerja seperti saya sangat bergantung kepada sumber minyak.

“Sekiranya kenaikan itu benar-benar dikuatkuasakan, pemandu Ojol sepertinya terpaksa kerja lebih masa bagi menampung kenaikan harga minyak,” luahnya.

Mamat berkata, kebiasaannya dia akan mengambil penumpang pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) sehingga 4 petang pada setiap hari.  

Dalam tempoh tersebut, dia mampu meraih 75,000 rupiah (RM22.60). 

Namun, selepas ditolak kos minyak petrol 30,000 rupiah (RM9) yang diisi penuh setiap hari, dia hanya mendapat 45,000 rupiah (RM13).  

“Kalau minyak naik, jadi saya terpaksa isi tangki penuh dengan 50,000 rupiah (RM15). Jadi, saya perlu kerja lebih masa bagi menampung kenaikan bahan mentah ini,” katanya. 

Bagi Novriandi, 47, yang merupakan pemandu angkot bagi pengangkutan awam di Soreang-Leuwi Panjang, kenaikan harga minyak itu menunjukkan kerajaan tidak bersimpati dengan golongan miskin. 

Apatah lagi, katanya, angkot semakin perlahan ditinggalkan masyarakat selepas kehadiran kenderaan secara dalam talian dan pilihan lain yang lebih murah. 

Dia amat berharap agar pihak kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut.  

Dalam pada itu, Pakar Ekonomi di Universiti Islam Sunan Gunung Djati Bandung, Setia Mulyawan berkata, kerajaan perlu mencari penyelesaian bagi mengelakkan impak kenaikan harga minyak bersubsidi.

Jelasnya, sebarang polisi kenaikan mesti mempunyai solusi yang sudah dikaji kerana kesannya melibatkan pengguna minyak yang majoritinya adalah golongan susah.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya