Negara Afrika disaran ternak serangga

Negara Afrika disaran ternak serangga

ULAT beluncas dijual secara terbuka di pasar di Bangui, Republik Afrika Tengah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Rakyat Afrika yang dilanda kebuluran digalakkan memakan serangga menerusi sebuah projek yang akan dilaksanakan di Republik Demokratik Congo dan Zimbabwe. 

Lapor The Guardian, projek bantuan dari United Kingdom berjumlah 50,000 pound (RM257,000) akan meletakkan ulat beluncas, belalang dan lalat dalam senarai menu tersebut. 

Serangga yang boleh dimakan memiliki sumber protein dan memerlukan lebih tanah dan air daripada ternakan konvensional. 

Bagaimanapun, rasa dan budaya menjadi batu penghalang dalam meluaskan amalan di kebanyakan negara dunia. 

Inisiatif ini diterajui di wilayah Kivu Utara dan selatan Congo dengan penternakan lembu adalah cara mencari rezeki bagi penduduk luar bandar. 

Namun, apabila populasi di kawasan ini bertambah, ruang untuk penternakan makin berkurangan dan penternakan daging lembu memberi tekanan kepada bekalan air. 

Sebanyak 23 serangga yang boleh dan biasa dimakan di wilayah Kivu selatan termasuk kumbang, anai-anai dan cengkerik. 

Sementara itu, di Zimbabwe, sebuah lagi projek pembangunan dijalankan untuk menggunakan cacing mopane dalam hidangan bubur di sekolah. 

Projek itu disenaraikan dalam laman web Pejabat Komanwel, Pembangunan dan Luar Negara bagi ‘menggalakkan pengeluaran serangga untuk makanan manusia dan kegunaan dalam pembuatan makanan haiwan’. 

Inisiatif itu dikatakan bermula dari Mac hingga Disember tahun ini dengan dana disediakan oleh Agensi Katolik Pembangunan Luar Bandar (Cafod). 

Cafod merupakan sebuah badan amal di England dan Wales. 

Agensi itu menjelaskan tanggapan salah yang mendakwa program itu ‘menggalakkan orang ramai makan serangga’.

“Ini adalah projek tempatan untuk menternak serangga dan memberi makan kepada ikan agar dapat memastikan haiwan itu lebih kaya dengan protein apabila dimakan,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya