Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez mulai tahun depan - Utusan Malaysia

Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering serta kapal persiaran mulai tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) dalam kenyataan, semalam.

Menurut pihak berkuasa, kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit di sepanjang terusan penting tersebut yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah.

“Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu,” kata Pengerusi SCA Ossama Rabiee seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, SCA menyelaraskan kadar tol melalui mekanisme jelas merangkumi perubahan dalam pasaran pengangkutan maritim, sambil menyatakan terusan itu kekal sebagai laluan paling cekap dan paling murah berbanding laluan alternatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya