KAHERAH: Kementerian Wakaf di Mesir melarang semua masjid di negara ini melakukan solat jenazah ghaib ke atas jenazah ulama tersohor, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang meninggal dunia, kelmarin.
Sheikh Yusuf, 96, dikebumikan di tanah perkuburan Mesaimeer di Doha, semalam.
Sebelum itu, lautan manusia dilihat menghadiri solat jenazah tokoh pemikir Islam di Masjid Imam Muhammad ibnu Abd Al-Wahhab.
Larangan itu menimbulkan kejanggalan apabila ulama besar Mesir, Syeikh Ahmad al-Tayyib mengucapkan takziah kepada keluarga kerabat dirajat semasa kemangkatan Ratu Elizabeth, awal bulan lalu.
Sheikh Yusuf merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang secara terbuka menyokong kebangkitan Arab Spring 2011 di Mesir dan seluruh dunia Arab.-AGENSI