KUWAIT: Dinar Kuwait (KWD) dilaporkan sebagai mata wang paling mahal di dunia dan mengatasi nilai mata wang dolar US bagi tahun 2022.
Setakat hari ini, satu Dinar Kuwait bersamaan AS$3.22 dan RM14.96.
Bekalan minyak yang banyak dikatakan menjadi antara ‘batu loncatan’ mata wang negara itu kekal bernilai tinggi.
Kerajaan Kuwait juga malah mewajibkan syarat semua urus niaga pembelian dilakukan dalam mata wang KWD.
Sejak bertahun-tahun, Kuwait mengumpul nilai kekayaan yang besar serta dibantu dengan Kuwait Investment Authority yang memastikan Kuwait kekal makmur.
Dinar Bahrain merekodkan sebagai mata wang kedua paling mahal di dunia, diikuti Riyal Oman, Dinar Jordan (keempat) dan Cayman Island Dolar (kelima).-AGENSI