Lelaki merajuk dua hari atas bumbung rumah kerana tidak diberi ganja - Utusan Malaysia

Lelaki merajuk dua hari atas bumbung rumah kerana tidak diberi ganja

KANTAPHI duduk atas bumbung rumah selama dua hari kerana tidak dibenarkan menghisap ganja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hanya kerana tidak dibenarkan menghisap ganja, seorang lelaki dari timur laut Thailand bertindak memanjat bumbung rumahnya dan kekal berada di sana selama dua hari.

Bagaimanapun, Kantaphi, 42, kini sudah turun dari bumbung rumahnya setelah berasa lapar sebelum dibawa ke hospital.

Memetik laporan thethaiger.com, isteri Kantaphi mengakui suaminya merupakan penagih ganja.

Malah, katanya, dia terpaksa membawa suaminya dari Bangkok untuk tinggal bersama rumah mertuanya di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket untuk menangani masalah ketagihannya.

Ketika kejadian, Kantaphi meminta bapanya, Sathien Panyakom untuk memberikan ganja kepadanya.

“Namun, Sathien memberitahu dia tidak mempunyai ganja sehingga membuatkan Kantaphi merajuk lalu memanjat bumbung rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).

“Keesokan harinya, jiran dan beberapa rakan cuba memujuk Kantaphi untuk turun dari bumbung namun dia tetap duduk di atas walaupun ketika hujan lebat.

“Dia tidak bertindak agresif sebaliknya hanya mahu bersendirian di atas bumbung,” jelas laporan itu.

Polis di Kantharalak, Sukit Luangsakulthai turut mengunjungi rumah Kantaphi kira-kira pukul 3 petang namun gagal memujuknya untuk turun dari bumbung.

Setelah hampir 48 jam, Kantaphi akhirnya turun dari bumbung pada pukul 6 petang selepas berasa ‘terlampau panas dan lapar’.

Kantaphi kelihatan lemah dan dia dibawa ke Hospital Kantharalak untuk menjalani pemeriksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya