Lelaki maut tertelan tulang ikan sepanjang 2 sentimeter

Lelaki maut tertelan tulang ikan sepanjang 2 sentimeter

TULANG ikan yang dikeluarkan dari usus lelaki tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Seorang lelaki berusia 61 tahun di Sri Lanka dilaporkan meninggal dunia selepas didapati tertelan tulang ikan secara tidak sengaja.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki itu yang merupakan petani pada mulanya tidak mengetahui dirinya pernah tertelan tulang ikan sepanjang dua sentimeter (cm).

Lelaki itu hanya mendapat tahu selepas dibawa ke hospital kerajaan di bandar Mannar, tiga hari kemudian setelah mengadu sakit perut dan muntah.

Ketika pembedahan, sekumpulan pakar bedah mendapati tulang ikan tersebut telah menusuk usus lelaki itu sehingga mengakibatkan najis mengalir keluar.

“Keadaan itu menjurus kepada jangkitan yang mengancam nyawa sehingga mencetuskan sepsis.

“Sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan dan mula merosakkan organ dalaman dan tisu sendiri,” jelas laporan itu.

Lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung yang berkemungkinan komplikasi sepsis, lapan jam selepas dimasukkan ke hospital.

Kisah lelaki itu dilaporkan dalam Jurnal Antarabangsa Laporan Kes Pembedahan.

Sementara itu, Dr. Chathura Karunatileke berkata, perforasi gastrointestinal jarang sekali disebabkan oleh tulang ikan.

Katanya, dalam kes ini, tulang ikan yang tertusuk itu menyebabkan lubang sebesar lima milimeter (mm) pada usus kecil lelaki berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya