DAMSYIK: Angka kematian pendatang yang maut selepas bot mereka naiki terbalik di perairan wilayah Syria, hari ini meningkat kepada 61 orang, menurut Kementerian Kesihatan Syria.
Setakat ini 19 orang telah diselamatkan dan diberikan rawatan perubatan di bandar pantai Tartous, berhampiran lokasi kejadian. kata kementerian itu, sambil menambah bahawa operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Memetik keterangan daripada mangsa yang terselamat, kementerian itu berkata bot tersebut berlepas dari Lubnan membawa pendatang dari beberapa negara yang tujuan mereka tidak diketahui.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, memetik sumber, berkata bot itu membawa antara 120 hingga 150 orang, termasuk rakyat Lubnan, Syria dan warganegara lain yang tidak dikenali, dan sedang menuju ke Cyprus.
Badan pemantau yang berpangkalan di UK berkata, sebuah helikopter tentera Syria dan bot nelayan tempatan mengambil bahagian dalam mencari mangsa yang terselamat. – AFP