'Kiamat kecil' di Florida selepas dibadai Taufan Ian

‘Kiamat kecil’ di Florida selepas dibadai Taufan Ian

ANGIN kencang melintasi John Ringling Causeway ketika Taufan Ian bergerak ke arah selatan di Sarasota, Florida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUNTA GORDA: Lebih dua juta penduduk terputus bekalan elektrik di Florida akibat dibadai Taufan Ian, dengan kawasan barat daya negeri itu paling teruk terjejas.

Pekan Punta Gorda di utara Fort Myers berada dalam kegelapan hampir sepenuhnya selepas ribut yang membawa angin kencang menjejaskan tiang elektrik.

Angin kencang turut menyebabkan pokok tumbang dan atap bumbung rumah penduduk tercabut satu persatu di kawasan tersebut.

Menurut Pusat Taufan Nasional (NHC), taufan yang disifatkan sebagai ‘amat berbahaya’ itu mula melanda Pulau Cayo Costa di barat bandar Fort Myers, kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan).

Rakaman televisyen dari bandar pesisir pantai Naples menunjukkan banjir menenggelamkan rumah berhampiran pantai dan jalan raya serta menghanyutkan kenderaan.

Beberapa kawasan kejiranan di Fort Myers yang mempunyai lebih 80,000 penduduk, dinaiki air sehingga menyerupai seperti tasik.

NHC memaklumkan Taufan Ian membawa angin kencang berkelajuan maksimum 240 kilometer sejam ketika ia membadai Florida.

Taufan Ian dijangka menjejaskan jutaan penduduk di seluruh Florida dan di negeri Georgia dan Carolina Selatan.

Malah, para peramal cuaca memberi amaran taufan itu boleh mencetuskan ‘malapetaka yang berlaku sekali dalam satu generasi’.

Sementara itu, Peronda Sempadan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan seramai
20 pendatang hilang selepas bot dinaiki mereka karam.

Katanya, empat warga Cuba berjaya berenang ke pantai kepulauan Florida Keys dan tiga mangsa lagi diselamatkan di laut oleh pasukan pengawal pantai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya