Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin kering

Kemarau melampau, paras air tasik terbesar China semakin kering

TASIK air tawar terbesar di China, Tasik Poyang merekodkan penurunan paras air secara drastik dalam tempoh tiga bulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Wilayah Jiangxi di tengah China mengisytiharkan kemelut bekalan air selepas tasik air tawar Poyang yang merupakan tasik terbesar di negara ini semakin surut.

Tasik Poyang yang kebiasaannya menjadi saluran banjir penting untuk Yangtze, iaitu sungai terpanjang di China kini merekodkan penuruan paras air secara ketara, dari 19.43 meter kepada 7.1 meter sejak tiga bulan lalu.

Masalah tersebut berpunca daripada musim kemarau melampau yang dialami negara ini sejak Jun lalu.

Pusat Pemantauan air Jiangxi memaklumkan, paras air Poyang boleh terus surut dalam tempoh beberapa hari akan datang dan keadaan itu diburukkan dengan jumlah hujan yang sedikit.

Sebanyak 267 stesen cuaca di seluruh China melaporkan suhu panas dan kering pada bulan lalu, sekali gus menyekat pengeluaran tenaga hidro dan merosakkan banyak hasil pertanian sehingga tidak boleh dituai.

Biarpun hujan lebat dijangka meredakan keadaan di barat daya China, bahagian tengah negara ini pula diramalkan terus ‘menderita’ apabila suhu panas dan kering melampau diramalkan berterusan.

Selain itu, sebanyak 10 kolam takungan di wilayah Anhui juga merekodkan penurunan paras air. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya