Kapal selam terbaharu Russia boleh cetuskan ‘tsunami radioaktif’

Kapal selam terbaharu Russia boleh cetuskan ‘tsunami radioaktif’

KAPAL selam K-329 Belgorod merupakan ‘permata hati’ terbaharu buat pasukan tentera Russia dalam mengukuhkan sistem pertahanannya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka melancarkan satu lagi kapal selam baharu yang berupaya membawa dron pertempuran nuklear, sekali gus boleh mencetuskan ‘tsunami radioaktif’.

Russia dilaporkan giat membangunkan senjata serba canggih, ketika perang di Ukraine sudah pun memasuki bulan keenam.

K-329 Belgorod merupakan kapal serangan pantas peluru berpandu bagi kelas Oscar II dan merupakan yang terbesar pernah dihasilkan Russia dalam tempoh 30 tahun.

Kapal itu mula diperkenalkan kepada umum dalam satu acara di Severodvinsk pada 8 Julai lalu.

Kapal itu kini diserahkan kepada Direktorat Utama Penyelidikan Laut Dalam, dengan pelbagai ujian masih dilakukan bagi memastikan senjata tersebut sedia digunakan pada bila-bila masa.

Menurut laporan media tempatan, K-329 Belgorod mampu membawa torpedo nuklear Poseidon yang disifatkan ‘paling digeruni’ oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Propaganda Russia turut menggambarkan Poseidon mampu ‘melenyapkan Britain daripada peta dunia’ menerusi serangan tsunami radioaktif.

Kapal selam itu berukuran 24 meter panjang dan mampu menyelam sehingga kedalaman 975 meter dalam air.

Selain itu, kapal selam berkenaan dilaporkan boleh mencetuskan letupan bawah air dengan kekuatan sehingga dua megatan.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan, kapal selam itu tidak akan digunakan dalam masa terdekat kerana banyak perkara perlu diambil kira, memandangkan perang di Ukraine yang masih belum berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya