Jepun siap sedia hadapi Taufan Nanmadol - Utusan Malaysia

Jepun siap sedia hadapi Taufan Nanmadol

IMEJ satelit menunjukkan Taufan Nanmadol berada berhampiran pulau terpencil selatan Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran mengenai taufan kuat yang sedang bergerak menuju ke arah selatan pulau Kyushu.

Pihak berkuasa menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk meminta mereka berlindung di tempat selamat.

Menurut peringkat tertinggi agensi itu, Taufan Nanmadol membawa angin berkelajuan sehingga 270 kilometer sejam (km/j) dan diklasifikasikan sebagai `ribut ganas’.

Jelasnya, taufan itu menghampiri pulau Minami Daito yang terpencil, kira-kira 400 kilometer (km) ke timur pulau Okinawa.

Ribut itu dijangka melanda wilayah Kagoshima, selatan Kyushu kemudian bergerak ke arah utara pada hari berikutnya sebelum menuju ke pulau utama Jepun.

“Terdapat risiko ribut yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ombak besar, ribut dan hujan lebat.

“Penduduk perlu berjaga-jaga kerana ini merupakan taufan yang sangat berbahaya,” kata Ketua Unit Ramalan Agensi Meteorologi Jepun, Ryuta Kurora.

Menurut Kurora, pihaknya mungkin mengeluarkan `amaran khas’ bagi Kagoshima dan utara Kyushu, pulau utama paling selatan di Jepun, dalam masa terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya