Jangka hayat menurun, umur rakyat AS semakin singkat

Jangka hayat menurun, umur rakyat AS semakin singkat

ORANG ramai menyertai majlis memperingati ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19 di New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jangka hayat penduduk Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menurun ke tahap terendah sejak 1996 selepas merekodkan penurunan mendadak dengan sebahagian besarnya diakibatkan oleh pandemik Covid-19.

Data kerajaan menunjukkan jangka hayat semasa kelahiran kini berada pada 76.1 berbanding 79 pada 2019.

Keadaan itu menunjukkan penurunan dalam tempoh dua tahun paling teruk dalam seabad.

Menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), Covid-19 merupakan penyumbang kepada penurunan jangka hayat masyarakat di negara ini.

Berdasarkan data wilayah, jangka hayat penduduk menurun 2.7 antara 2019 dan 2021.

Statistik itu menunjukkan Covid-19 menyumbang sebanyak 50 peratus kepada jumlah penurunan jangka hayat pada 2020 dan 2021.

Antara 2019 dan 2020, pandemik itu mengakibatkan 74 peratus penurunan jangka hayat penduduk.

Kecederaan yang tidak disengajakan, termasuk penggunaan dadah secara berlebihan mencapai rekod tertinggi pada 2021 dan menyumbang 15.9 peratus dalam penurunan jangka hayat.

Selain itu, penyakit hati kronik, jantung dan bunuh diri juga menjadi antara penyumbang utama.

Statistik yang dikeluarkan oleh CDC juga menunjukkan jangka hayat bagi lelaki menurun sehingga setahun kepada 73.2 pada tahun lalu, manakala untuk wanita, ia menurun sehingga 10 bulan kepada 79.1.

Jangka hayat penduduk di Hawaii menunjukkan penurunan paling tinggi iaitu 80.7 berbanding Mississippi sebanyak 71.9.

Sementara itu, jangka hayat di AS merupakan antara paling rendah dalam kalangan negara maju di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya