Hidangan kopi gelas terbalik semakin digemari di Aceh

Hidangan kopi gelas terbalik semakin digemari di Aceh

HIDANGAN kopi dalam gelas terbalik semakin terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan luar Aceh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Kupi Khop atau lebih dikenali sebagai ‘kopi terbalik’ semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan berikutan keunikan cara hidangannya.

Minuman itu dibancuh menggunakan serbuk kopi kasar di dalam gelas yang diterbalikkan atas piring.

Pengunjung yang ingin menikmati kopi itu perlu menggunakan penyedut minuman, selain tidak perlu bimbang ia akan tumpah.

Susulan keunikan cara hidangannya, Kupi Khop diwartakan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh Wilayah Aceh Barat.

Menurut sejarah, golongan nelayan di Aceh gemar menikmati kopi seperti itu ketika menangkap ikan di lautan kerana mendakwa air kopi mereka lambat sejuk berbanding cara hidangan biasa, selain tidak dimasuki serangga.

Kini, gerai yang menghidangkan minuman tersebut semakin mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk di luar Aceh.

Pihak berkuasa tempatan pula menyatakan hasrat untuk mengekalkan budaya itu bagi memelihara nilai sejarah tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya