Heinz lancar koleksi pakaian dengan calitan sos tomato sebenar

Heinz lancar koleksi pakaian dengan calitan sos tomato sebenar

HEINZ melancarkan rangkaian pakaian vintaj dan gaya jalanan yang terpakai menampilkan kesan sos tomato sebenar. - THREDUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat pemprosesan makanan, Heinz melancarkan rangkaian pakaian baharu yang menampilkan kesan sos tomato sebenar pada pakaian jenis vintaj yang terpakai.

Lapor Daily Mail, jenama perasa makanan gergasi itu bekerjasama dengan platform jualan semula dalam talian, thredUP untuk melancarkan koleksi Heinz Vintage Drip di Amerika Syarikat (AS).

Koleksi berkenaan mempunyai sebanyak 157 pakaian gaya vintaj yang diwarnai dengan sos tomato sebenar.

Rangkaian itu menampilkan pakaian gaya jalanan dan barangan berjenama terpakai, yang direka khas untuk menjadi inklusif merentasi jantina dan semua saiz antara XXS hingga XXL.

Menurut Heinz, setiap produk itu mempunyai kesan sos tomato ‘unik’ yang disifatkannya sebagai ‘bukan kotoran semata-mata tetapi pernyataan’.

Pengurus Jenama dan Komunikasi Jenama Heinz, Alyssa Cicero berkata, koleksi itu adalah mengenai ‘meraikan secara mampan kesan sos tomato Heinz pada pakaiannya’.

“Kami melihat kesan sos pada pakaian itu sebagai simbol jenama ikonik yang mengubah naratif daripada kesan kotoran kepada pernyataan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran thredUP, Erin Wallace menyifatkan pelancaran koleksi Heinz Vintage Drip adalah tepat pada masanya.

Ini kerana katanya, terdapat permintaan tinggi sepanjang masa untuk pakaian terpakai dalam kalangan pengguna generasi Z dan Milenium.

Malah, katanya, berdasarkan tinjauan, kira-kira 62 peratus generasi Z dan Milenium gemar mencari barangan terpakai sebelum membeli yang baharu.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti Heinz untuk menghasilkan rangkaian pakaian terpakai dengan kesan sos tomato buat pertama kalinya, sekali gus meraikan penggunaan semula.

“Koleksi ini menawarkan gaya unik kepada pencinta makanan dan fesyen untuk mengambil bahagian dalam ekonomi pekeliling, sambil berbuat baik di bumi ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya