Gempa bumi landa Aceh

Gempa bumi landa Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda wilayah Aceh yang terletak di utara Indonesia, sebelum waktu subuh, hari ini.

Gegaran yang berpusat 40 kilometer selatan-barat daya Meulaboh iaitu sebuah bandar pantai di wilayah Aceh pada kedalaman 49 km.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia mengukur gempa bumi tersebut dalam pengukuran awal adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa mahupun kerosakan serius setakat ini.

Pihak berkuasa juga memaklumkan tiada ancaman tsunami akibat gegaran itu.

Ketika gegaran pagi tadi, ramai penduduk dilihat berlari kelaur dari rumah masing-masing ke tempat lebih tinggi.

Mereka kemudian menerima mesej teks yang memaklukan tiada ancaman tsunami.

Gempa bumi kuat melanda pantai Aceh pada 2004 sehingga mencetuskan tsunami kuat yang mengorbankan kira-kira 230,000 di lebih 12 negara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya