Duit, setem di Britain diubah, tampilkan wajah Raja Charles III

Duit, setem di Britain diubah, tampilkan wajah Raja Charles III

SEBELUM ini, duit kertas dan syiling Britain menampilkan wajah Ratu Elizabeth II. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kemangkatan Ratu Elizabeth II menyaksikan Putera Charles dinobatkan sebagai Raja Charles III dan keadaan itu juga menyebabkan kerajaan United Kingdom (UK) terpaksa mengubah beberapa tradisi yang dipegang sejak 70 tahun lalu.

Antaranya, pertukaran wajah baharu pada setem, duit syiling dan wang kertas, selain nyanyian lagu kebangsaan.

Lagu kebangsaan Britain sedia ada yang dicipta pada abad ke-18 akan ditukar daripada ‘God Save the Queen’ kepada ‘God Save the King’.

Syiling, setem dan wang kertas pula perlu ditempa serta dicetak baharu yang menampilkan kepada Charles III.

Bagaimanapun, wang dan setem lama masih sah digunakan sehingga penggantian dilakukan secara beransur-ansur.

Sejak monarki dikembalikan pada 1660, sudah menjadi tradisi bagi pemerintah baharu supaya imej kepalanya menghadap arah bertentangan daripada pemegang takhta terdahulu.

Sebelum ini, kedudukan Ratu Elizabeth menghadap ke kanan, justeru gambar Raja Charles kini akan menghadap ke kiri.

Selain itu, Cypher Diraja atau monogram memaparkan logo mengandungi huruf awalan nama monarki yang ketika ini tertera cop ‘EIIR’ akan ditukar.

Monogram itu digunapakai di seluruh Britain, termasuk pada peti surat dan pakaian seragam polis.

Dari segi perundangan pula, peguam kanan diraja yang selama ini dikenali sebagai ‘Queens Counsel’ (QC) akan dikenali sebagai ‘King’s Counsel’ (KC). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya