Dua daripada tiga kanak-kanak bakal buta huruf   - Utusan Malaysia

Dua daripada tiga kanak-kanak bakal buta huruf  

KANAK-KANAK sedang belajar di sekolah rendah di Attecoube di Abidjan. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua daripada tiga kanak-kanak di seluruh dunia dijangka tidak boleh membaca dalam tempoh beberapa tahun lagi.     

Ramalan itu dibuat dengan mengambil kira anggaran 64.3 peratus kanak-kanak di seluruh dunia yang tidak boleh membaca dan memahami ayat yang mudah.

Amaran itu disuarakan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amina Mohammed dalam sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak Pendidikan Transformasi yang akan diadakan.

“Sekiranya isu ini tidak dikatakan krisis, maka secara terus terang kami tidak tahu apa perkara itu.

“Krisis pendidikan semakin meluas sehingga melangkaui isu akses dan ketidaksamaan. Sistem pendidikan berdepan pelbagai cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya sepertimana dilaporkan Arab News.

Ketika ini, seramai 222 juta golongan muda yang tinggal di negara terjejas akibat peperangan dan bencana di Afrika, Asia, Asia Barat dan Amerika Selatan tidak mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti.

Berdasarkan analisis dilakukan oleh dana global PBB, Education Cannot Wait, seramai 78.2 juta kanak-kanak yang dilanda krisis berkenaan, tercicir daripada pendidikan.          

Malah, seramai 119.6 juta kanak-kanak pula gagal mencapai tahap kompetensi minimum dalam membaca dan matematik walaupun bersekolah.

“Angka ini menunjukkan kesedaran yang besar bahawa transformasi tidak menjadi pilihan lagi, malah ia merupakan kemestian,” jelas laporan analisis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya