Bangkok diramal tenggelam, hilang pada 2100

Bangkok diramal tenggelam, hilang pada 2100

BANJIR melanda Bangkok pada November 2021. - PR BANGKOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ibu negara Thailand dan beberapa kawasan sekitarnya diramalkan bakal ditenggelami air dan hilang menjelang tahun 2100.

Menurut Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana di Universiti Rangsit, Dr. Seree Supharathit, perkara itu dinyatakan dalam satu peta dirangka oleh organisasi perubahan iklim antarabangsa.

Lapor thethaiger.com, Seree memberi amaran sekiranya kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk menghalang perkara ini, maka mereka perlu bersedia untuk memindahkan ibu negara.

Seree berkata, Thailand akan menerima lebih banyak taburan hujan bermula September hingga November.

Kata beliau, Jabatan Meteorologi meramalkan dua hingga tiga ribut tropika juga boleh melanda negara ini.

Malah, katanya, Thailand boleh mengalami hujan sangat lebat yang pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun.

“Tahun ini banjir akan berpunca daripada ribut yang berkemungkinan bergerak ke wilayah tengah, dan membanjiri tanah ladang dan melimpah ke zon ekonomi,” katanya.

Seree memberitahu empangan Pak Sa ketika ini penuh dan sekiranya menyalurkan air ke timur ia akan mengalir ke ke terusan Rangsit.

Justeru, beliau menyeru pihak berkuasa termasuk Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt untuk bersikap telus mengenai banjir dan mengambil langkah pencegahan.

Seree berkata, kerajaan belum mengeluarkan maklumat jelas kepada orang ramai dan menegaskan masih mempunyai 13 langkah pencegahan terdahulu yang tidak memberikan perlindungan.

Sebelum ini, pakar sudah memberi beberapa ramalan berbeza mengenai bila Bangkok akan tenggelam.

Pada 2019, para penyelidik berpendapat tempoh itu mungkin jatuh pada tahun 2050.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya