Ancaman kemelesetan ekonomi global semakin meningkat

Ancaman kemelesetan ekonomi global semakin meningkat

KEMELESETAN ekonomi global menjejaskan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya berpendapatan rendah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bank Dunia memberi amaran bahawa ancaman kemelesetan ekonomi global semakin meningkat ketika banyak bank pusat berusaha menurunkan kenaikan kadar inflasi.

Inflasi di seluruh dunia dilaporkan meningkat pada kadar paling cepat dalam tempoh beberapa dekad berikutan kekurangan bekalan ketika permintaan tinggi oleh negara-negara yang giat memulihkan ekonomi masing-masing selepas pandemik Covid-19 melanda.

Keadaan itu diburukkan lagi pada tahun ini oleh serangan Russia terhadap Ukraine dan perintah berkurung berterusan di beberapa hab perdagangan utama di China akibat Covid-19.

Bank pusat utama pula bertindak balas dengan meningkatkan kos pinjaman untuk meredakan peningkatan inflasi.

Namun, menurut Bank Dunia, langkah itu mungkin tidak mencukupi untuk mengawal harga yang tinggi dan membawa kepada keperluan untuk lebih banyak kenaikan kadar faedah, sekali gus menjejaskan pertumbuhan pelbagai sektor.

Banyak negara tidak akan dapat mengelak kemelesetan ekonomi, tetapi dasar monetari yang terlalu ‘ketat’ boleh menimbulkan tekanan kewangan ketara dan mencetuskan kemelesetan global pada 2023.

“Pertumbuhan global bergerak pada kadar yang sangat perlahan, menunjukkan lebih banyak negara akan berdepan kemelesetan ekonomi.

“Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah, trend ini akan berterusan dengan kesan jangka panjang yang menjejaskan banyak pihak,” kata Presiden Bank Dunia, David Malpass.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkaitan mengalih tumpuan daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran.

Bank Dunia pada awal Jun lalu mengurangkan unjurannya untuk pertumbuhan global kepada 2.9 peratus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya