12 maut, 11 cedera dalam kebakaran bar karaoke di Vietnam - Utusan Malaysia

12 maut, 11 cedera dalam kebakaran bar karaoke di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sekurang-kurang 12 maut dan 11 lagi cedera dalam insiden kebakaran membabitkan sebuah bar karaoke di selatan Vietnam.

Menurut pegawai tempatan, api sedang marak menjilat tingkat dua dan tiga bangunan itu sehingga menyebabkan pelanggan serta pekerja terperangkap.

Media tempatan melaporkan asap tebal menyelubungi laluan tangga sehingga menghalang pintu kecemasan.

Jelas laporan itu, ramai bersesak di ruang balkoni bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran itu ketika api terus marak dengan pantas.

Malah, mangsa yang lain pula mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan itu.

Beberapa rakaman gambar menunjukkan kepulan asap menyelubungi bar karaoke itu yang terletak di kawasan kejiranan di bandar Thuan An, utara hab komersial Ho Chi Minh.

Dalam rakaman itu, pasukan anggota bomba juga dilihat berusaha memadamkan kebakaran.

Pegawai parti pemerintah Thuan An, Nguyen Thanh Tam mengesahkan sekurang-kurang 12 orang terkorban manakala 11 lagi cedera dalam kejadian itu.

“Pasukan penyelamat masih sedang mencari mangsa di lokasi kejadian.

“Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan,” katanya. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya