Wanita terkurung tiga hari dalam tandas di rumah sendiri - Utusan Malaysia

Wanita terkurung tiga hari dalam tandas di rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Detik cemas seorang wanita berakhir selepas dia diselamatkan pasukan keselamatan berikutan terkurung dalam bilik air di rumahnya selama tiga hari.

Kejadian yang berlaku di Bangkok itu juga menyaksikan wanita berkenaan sempat menulis nota akhir selepas menyangka dia akan mati di dalam tandas tersebut.

Lapor thethaiger, polis menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang meminta pertolongan.

Wanita itu memaklumkan dia tidak menghubungi kakaknya selama tiga hari sejak 22 Ogos lalu, menyebabkan polis pergi ke sebuah rumah empat tingkat untuk menyiasat.

Di lokasi kejadian, polis bertemu dengan wanita yang membuat panggilan itu dan cuba membuka pintu rumah berkenaan.

Namun, usaha mereka berdepan kesukaran memandangkan rumah itu dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih sehingga memaksa polis memecahkan pagar dan pintu.

Polis kemudiannya pergi ke setiap tingkat untuk mencari mangsa sehingga di tingkat tiga, mereka terdengar bunyi ketukan dari pintu bilik air dan selepas dibuka, mangsa yang berusia 54 tahun ditemukan dalam keadaan lemah.

Mangsa menceritakan kepada polis dia terkurung di dalam bilik sejak tiga hari lalu pada pukul 8 malam apabila pintu terkunci dan rosak, menyebabkan dia tidak dapat keluar.

Wanita itu juga memaklumkan, dia hanya minum air paip untuk kekal hidup, selain menulis nota akhir pada dinding bilik air sekiranya dia tidak dapat diselamatkan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan keadaannya stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya