Thailand paling banyak harimau di Asia Tenggara

Thailand paling banyak harimau di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand disahkan sebagai negara yang memiliki paling banyak harimau berbanding negara Asia Tenggara lain. 

Menteri Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa mengumumkan perkara itu sejajar dengan usaha besar terhadap Strategi Kebangsaan Melindungi Harimau yang bermula sejak 2010. 

Beliau berkata, semasa Persidangan Menteri-Menteri Asia keempat mengenai pemuliharaan harimau, negara lain memuji usaha Thailand atas usaha berterusan oleh pihak kerajaan. 

“Pelan pemuliharaan harimau dan penduduk Thailand diperakui oleh piawaian antarabangsa. 

“Kami berjaya menambah baik kawasan perlindungan mereka dengan menggunakan teknologi terkini dan sistem rondaan pintar,” katanya semasa Hari Harimau yang disambut di Chawak Chalermphrakiat di Suphan Buri. 

Sejak 10 tahun lalu, populasi harimau liar di pusat perlindungan Huai Kha Khaeng dan Thugyai membiak dari 42 ke 100 ekor. 

Kejayaan ini hasil sistem kawalan pintar di tempat tersebut yang sudah dilaksanakan di 213 hutan simpan. 

India kini merupakan negara yang mempunyai bilangan harimau terbesar di dunia, namun kerajaan Thailand berharap untuk kekal sebagai negara yang mempunyai harimau terbanyak di Asia Tenggara serta meningkatkan lagi populasi dengan rancangan jangka panjang sehingga 2034. 

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Haiwan Liar menekankan kepentingan melindungi hutan yang merupakan habitat semula jadi harimau bagi memastikan populasi haiwan liar itu stabil.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya