Terdesak pulihkan negara, Taliban cuba himpit Russia, China

Terdesak pulihkan negara, Taliban cuba himpit Russia, China

PENYOKONG berarak di sekeliling bandar bagi meraikan ulang tahun pertama pentadbiran Taliban di Afghanistan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Walaupun Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat belum mengiktiraf Taliban sebagai sebuah kerajaan yang sah, namun, pemimpin Afghanistan mula menaruh harapan besar terhadap China dan Russia.

Ini kerana Beijing dan Moscow mempunyai pejabat kedutaan Afghanistan dan mentauliahkan diplomat yang dilantik oleh Taliban secara rasmi termasuk Pakistan, Iran, Qatar, Arab Saudi, Russia, Turkmenistan dan Malaysia.

Walaupun pemimpin Taliban membuat rayuan berulang kali sejak tahun lalu, sehingga kini, belum ada mana-mana negara di dunia yang mengiktiraf Emiriah Islam Afghanistan (IEA) di bawah pemerintahan Taliban.

Negara Barat menuntut Taliban melonggarkan sekatan terhadap hak wanita dan memilih lebih banyak golongan wanita dalam kepemimpinan negara sebagai syarat pengiktirafan.

Taliban pula menuduh AS melanggar Perjanjian Doha 2020 dengan tidak mengiktiraf kerajaannya.

Felo Penyelidik Kanan di Quincy Institute of Responsible Statecraft, Anatol Lieven berkata, walaupun China, Russia dan Iran melihat Daesh sebagai ancaman yang jauh lebih teruk daripada al-Qaeda, negara-negara tersebut sekurang-sekurangnya mempunyai simpati ‘selagi Taliban terus memerangi Daesh’.

“Permusuhan terhadap Daesh membantu menjelaskan sebab China dan Russia mendekati Taliban, sebelum kemenangan mereka pada Ogos tahun lalu.

“Walau bagaimanapun, hubungan itu terhenti apabila China dan Russia tidak menyalurkan bantuan kewangan lagi,” jelasnya.

Bagi kerajaan China, kebimbangan utama adalah persoalan bagaimana Taliban akan menangani kumpulan bersenjata Uighur yang mempunyai sejarah berpangkalan di Afghanistan pada 1990-an.

China bimbang Taliban mungkin memberi kebebasan kepada kumpulan tersebut untuk menentang negara itu.

Beijing menawarkan sokongan ekonomi dan pembangunan kepada Taliban dengan syarat mereka bekerjasama dengan China serta mengelak daripada menyerang kepentingan China khususnya inisiatif Belt and Road.

Pakistan yang merupakan sekutu Taliban jangka panjang merupakan satu daripada tiga kerajaan yang pernah mengiktiraf Taliban pada 1990-an.

Islamabad juga mempunyai masalah besar dengan Afghanistan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

ISU HAK ASASI

Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan tahun lalu, isu pelanggaran hak asasi manusia secara drastik mengurangkan peluang terhadap mana-mana kerajaan Barat mengiktiraf Taliban.

Seorang Felo Kanan di Majlis Atlantik, Javid Ahmad berkata, Taliban pada dasarnya adalah mengenai hak Taliban dan bukan hak asasi manusia.

“Secara amnya, mereka menganggap konsep ‘hak’ sebagai kurang adil dan lebih kepada penebusan.

“Jadi, mereka akan terus terang mengambil berat tentang masyarakat dunia dan percaya dunia akhirnya akan tunduk,” katanya.

Penganalisis dari International Crisis Group, Bahiss berkata, jiran terdekat Afghanistan dan negara-negara lain yang jauh lebih kecil besar kemungkinan membuat keputusan tentang cara berhubung dengan Taliban berdasarkan isu hak asasi manusia.

“Banyak negara jiran dan kuasa serantau kelihatan meneruskan penglibatan mereka dalam beberapa kes yang jarang berlaku, malah mewajarkan tindakan Taliban sebagai hak kedaulatan Afghanistan,” katanya.

Namun demikian, Taliban percaya masa akan menyebelahi mereka dan seluruh masyarakat antarabangsa termasuk Barat akan bersetuju dengan pemerintahannya.

Isnin lalu, menandakan genap setahun Taliban mentadbir Afghanistan selepas 20 tahun dijajah AS.

Pemimpin Taliban berdepan cabaran besar memulihkan ekonomi negara dan menangani situasi kemanusiaan yang kian meruncing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya