Taiwan tembak dron China

Taiwan tembak dron China

TSAI ING-WEN (tengah) bergambar bersama juruterbang tentera udara di depan jet pejuang IDF di pangkalan tentera di kepulauan Penghu, Taiwan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGHU: Taiwan melepaskan tembakan amaran ke sebuah dron China yang menggegarkan sebuah pulau kecil yang bersempadan antara kedua-dua negara, Selasa lalu. 

Insiden itu adalah tembakan amaran kali pertama dilepaskan semasa tempoh ketegangan memuncak antara China dan Taiwan, lapor Reuters.  

Jurucakap Perintah Pertahanan Kinmen, Chang Jung-shun berkata, tembakan dilepaskan ke arah dron yang menghampiri Pulau Erdan sebelum pukul 6 petang (waktu tempatan) dengan menggunakan suar. 

Jelasnya,dron itu terbang kembali ke China selepas tembakan peringatan dilepaskan tiga hari lalu. 

Sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas dari China. 

Isnin lalu, Kementerian Luar China menolak aduan Taiwan mengenai tindakan menerbangkan dron yang mencetuskan kekecohan. 

Sebelum ini, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dengan tegas akan mengarahkan tentera negara mengambil ‘tindak balas kuat’ terhadap sebarang provokasi China.

Semasa melawat angkatan tentera di kepulauan Penghu, Selasa lalu, Ing-Wen mengkritik China kerana menerbangkan dron dan aktiviti peperangan di ‘zon kelabu’ lain. 

“Saya nak beritahu kepada anda semua, lebih banyak provokasi dari musuh, lebih banyak kita perlu bertenang.

“Kita tidak akan mencetuskan pertikaian dan berusaha mengawal diri. Namun, ini tidak bermakna kita tidak akan menentang,” tegasnya.  

Pemimpin itu juga berang dengan dron China yang berulang kali terbang berdekatan gugusan pulau-pulau kecil yang dikuasai Taipei di pantai China. 

Beijing sengaja menjalankan latihan ketenteraan berdekatan kepulauan Kinmen yang terletak hanya beberapa ratus meter dari wilayah China. 

China menganggap pulau itu sebagai wilayahnya sendiri, manakala, Taiwan mempertikaikan sekeras-kerasnya tuntutan kedaulatan China. 

Sementara itu, pegawai Amerika Syarikat yang enggan dikenali berkata, China dilihat sengaja menggunakan dron untuk mengganggu penduduk Taiwan dan memburukkan lagi keadaan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya