Syarikat Malaysia didenda RM60 juta, jadi punca hutan terbakar

Anak syarikat Malaysia didenda RM60 juta, jadi punca hutan terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Riau, tahun lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan PT Rambang Agro Jaya (RAJ), yang merupakan anak syarikat kepada Kulim Berhad dari Malaysia untuk membayar denda sebanyak 199 bilion rupiah (RM60 juta) atas dakwaan menyebabkan kebakaran hutan.

Denda itu berhubung kesalahan menyebabkan kebakaran hutan seluas 500 hektar di wilayah Ogan Komering Iliri, Sumatera Selatan. 

Mahkamah mendapati PT RAJ adalah bersalah kerana melanggar undang-undang negara. 

“Rayuan ditolak dengan penambahbaikan,” umum Pendaftar mahkamah dalam laman web, Jumaat lalu. 

Jurucakap mahkamah, Andi Samsan Nganro berkata, keputusan mahkamah yang dikeluarkan sejak Selasa lalu, adalah berdasarkan rayuan dan permohonan plaintif, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan. 

“Mahkamah Agung berpandangan petisyen oleh defendan adalah jelas melakukan perbuatan melawan hukum. 

“Atas dasar itu, mahkamah dalam keputusannya menyatakan menolak rayuan kes pemohon,” katanya dalam kenyataan. 

Kes mula terbongkar selepas pihak kementerian menyiasat laporan kebakaran hutan di ladang kelapa sawit yang kerap berulang setiap tahun. 

Justeru, pihak kementerian mendakwa PT RAJ di mahkamah.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya