LONDON: Kebanyakan spesies labah-labah berbisa bakal menurun di United Kingdom (UK) pada hujung minggu ini, ketika beberapa bahagian di Britain dijangka mengalami suhu lebih tinggi berbanding Mexico.
Bagaimanapun, gelombang haba melampau menyebabkan spesies labah-labah false widow membiak dan bertambah di seluruh Kepulauan British.
Lapor Daily Mail, serangga tersebut mempunyai kaitan dengan spesies black widow.
Black widow adalah labah-labah paling berbisa dunia yang boleh membawa maut dan merupakan antara 12 spesies serangga itu di UK yang dilaporkan pernah menggigit manusia.
Menurut Muzium Natural History, labah-labah false widow tidak begitu berbisa seperti spesies lain dan gigitannya hanya seperti disengat tebuan.
Bagaimanapun, terdapat insiden jarang berlaku apabila gigitan spesies labah-labah itu menyebabkan sengatan serius dan mencetuskan tindak balas alahan pada manusia.
Berita itu muncul selepas Jabatan Meteorologi meramalkan peningkatan dan penurunan dalam suhu pada minggu akan datang.
UK dijangka mengalami cuaca panas pada hujung minggu ini yang membawa kepada kemungkinan kemunculan gelombang haba lagi.
Cuaca panas melanda negara itu akan membantu spesies labah-labah false widow membiak apabila tempoh hibernasi tamat.
Labah-labah false widow pertama kali dilaporkan di UK pada 1870an dan terus bertambah pada 1980an di kebanyakan kawasan daerah selatan.
Muzium Natural History memaklumkan spesies itu mula-mula membiak di Dorset, Hampshire dan Devon, namun kini boleh ditemukan di Scotland.
Sementara itu, pakar kawalan serangga perosak, Clive Boase berkata, populasi labah-labah black widow di UK semakin meningkat sepanjang masa.
Malah, penduduk tidak menyedari kehadiran spesies labah-labah itu sudah menjadi kebiasaan di negara itu.