Singapura tak beri layanan istimewa kepada Rajapaksa

Singapura tak beri layanan istimewa, kekebalan diplomatik kepada Rajapaksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa tidak diberikan sebarang keistimewaan mahupun kekebalan diplomatik oleh kerajaan Singapura.

Menteri Luar, Vivian Balakrishnan berkata, Rajapaksa yang tiba di Singapura bagi ‘lawatan peribadi’ 14 Julai lalu juga tidak diberikan sebarang layanan khas.

“Secara amnya, pemerintah Singapura tidak memberikan keistimewaan, kekebalan diplomatik dan layanan khas kepada bekas ketua negara atau pemerintah.

“Begitu juga bagi Rajapaksa yang tidak diberikan sebarang keistimewaan, kekebalan atau layanan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada pertanyaan dari ahli Parlimen, Gerald Giam (WP-Aljunied) mengenai ketibaan Rajapaksa di Singapura.

Berita Mediacorp difahamkan pas lawatan jangka pendeknya dilanjutkan selama 14 hari, bermakna beliau boleh terus berada di Singapura sehingga 11 Ogos depan.

Beliau disingkirkan daripada jawatan Presiden susulan krisis ekonomi negara dan melarikan diri ke Maldives sebelum tiba di Singapura.

Minggu lalu, Jurucakap Kabinet Sri Lanka berkata, Rajapaksa tidak bersembunyi dan akan diberi layanan selaras dengan statusnya sebagai bekas presiden sekiranya beliau pulang ke Sri Lanka.

Beliau meletak jawatan sebagai presiden sejurus tiba di Singapura dan bekas Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai presiden seminggu kemudian.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, K. Shanmugam berkata, warga asing yang memiliki dokumen perjalanan yang sah dan memenuhi syarat-syarat kemasukan akan dibenarkan memasuki Singapura.

“Kami juga sudah tentu berhak untuk menolak kemasukan warga asing, jika kami menilainya adalah demi kepentingan negara.

“Jika warga asing yang memasuki Singapura dikehendaki dan pemerintahnya sudah membuat permintaan, pihak kerajaan akan menghulurkan bantuan mengikut undang-undang,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan ahli Parlimen, Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) berhubung keprihatinan Singapura menjadi ‘destinasi bagi pelarian politik’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya