Russia henti bekalan gas ke Eropah - Utusan Malaysia

Russia henti bekalan gas ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Penghantaran bekalan gas ke Eropah menerusi saluran paip Nord Stream 1 dihentikan buat sementara waktu.

Lapor Al Jazeera, perkara itu dimaklumkan oleh Pengendali Sistem Penghantaran Rangkaian Eropah untuk Gas (Enstog).

Langkah itu secara tidak langsung meningkatkan prospek kemelesetan dan catuan tenaga di sebahagian besar negara terkaya di rantau itu.

Menurut firma gergasi penjana tenaga Rusia, Gazprom, pihaknya akan menghentikan bekalan gas selama tiga bermula hari ini sehingga 3 September.

Katanya, bekalan gas dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat bakal meningkatkan lagi tekanan dalam pasaran tenaga elektrik yang sudah mengalami krisis ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya