Peneroka NASA temukan batu misteri, planet Marikh layak dihuni

Peneroka NASA temukan batu misteri, planet Marikh layak dihuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Kenderaan robotik di planet Marikh milik NASA, Perseverance berjaya menemukan batu vulkanik misteri di kawah Jezero.

Penemuan penting itu sekali gus menjadi kunci utama yang akan membuka sejarah iklim di planet itu dan potensi planet merah itu layak dihuni manusia.

Pakar Geokimia di California Institute of Technology, Prof. Ken Farley berkata, penemuan tersebut mengejutkan ahli NASA kerana Perseverance diharapkan akan mendarat di batuan sedimen yang terbentuk dari lumpur yang memenuhi kawah Jezero sekitar 3.7 juta tahun lalu.

“Sebahagian besar dari kita berharap untuk mempelajari batuan yang menjadi endapan di danau, dan mengambil waktu yang cukup lama untuk memahami fakta batuan di dasar kawah adalah batuan vulkanik beku,” katanya.

Perseverance mendarat di planet Marikh pada 18 Februari 2021 di kawah Jazero selebar 45 kilometer yang dipilih sebagai lokasi pendaratan.

Ini disebabkan, saintis percaya lokasi tersebut pernah memiliki delta sungai.

Namun, asal-usul batuan vulkanik beku yang ditemukan di Jezero masih misteri kerana tiada ciri vulkanik yang jelas di dalam atau berdekatan kawah.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya