Penduduk negara tropika alami gelombang haba setiap hari

Penduduk negara tropika alami gelombang haba setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jutaan penduduk di kawasan tropika terdedah ancaman gelombang haba berbahaya setiap hari selama setengah tahun menjelang 2100, walaupun matlamat iklim berjaya dicapai.

Dunia mengehadkan kenaikan suhu kepada matlamat perjanjian iklim Paris kurang dua darjah Celcius di atas paras praindustri.

Penyelidik memberi amaran penduduk berkemungkinan terdedah kepada suhu berbahaya hampir setiap hari dalam setiap tahun, menjelang akhir abad ini.

Jika pelepasan karbon tidak dikawal, sebilangan besar penduduk di kawasan ini akan menghadapi cuaca panas melampau yang sangat ‘mengerikan’.

Pengarang utama kajian, Lucas Vargas Zeppetello dari Universiti Harvard berkata, berbilion penduduk dunia akan terdedah kepada suhu sangat berbahaya sekiranya tiada tindakan diambil.

Jelasnya, gelombang haba yang teruk menjadi lebih panas akibat perubahan iklim sudah dirasakan di seluruh dunia yang mengancam kesihatan manusia, hidupan liar dan hasil tanaman.

Kebanyakan unjuran iklim meramalkan peningkatan suhu di bawah senario dasar berbeza.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Communications Earth and Environment yang menganggarkan potensi pendedahan haba dan kelembapan yang berbahaya.

Kajian menggunakan unjuran statistik untuk meramalkan tahap pelepasan karbon dioksida daripada aktiviti manusia dan tahap pemanasan global yang terhasil.

Di luar kawasan tropika, gelombang panas boleh membawa maut dan akan menjadi ‘acara tahunan’.

Penyelidik menggunakan indeks haba yang meletakkan paras ‘bahaya’ pada 39.4 darjah Celcius, manakala, suhu melebihi 51 darjah Celcius dianggap ‘sangat berbahaya’ dan sama sekali tidak selamat untuk manusia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya