Pemegang visa pelancong dibenarkan tunai umrah

Pemegang visa pelancong dibenarkan tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Umat Islam yang memiliki visa pelancong dan visa komersial akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Mekah semasa berada di negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memudahkan individu yang mahu menunaikan umrah, lapor Saudi Gazette.

Menurut pihak kementerian, kemudahan itu disediakan bagi individu dari 49 negara di seluruh dunia yang boleh mendapatkan visa secara dalam talian menerusi portal ‘Visit Saudi Arabia’ atau sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Saudi.

Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam menunaikan ibadah sempena Tahun Baru 1444 Hijrah.

Kelonggaran itu juga bertujuan membolehkan umat Islam menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

Sistem baharu itu juga membenarkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan mengerjakan umrah.

Pemohon visa hendaklah dalam kalangan negara yang layak untuk mendapatkan visa elektronik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya