ROME: Pelakon suara asal siri animasi Pingu iaitu Carlo Bonomi dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Lapor Daily Mail, Bonomi yang berasal dari Milan, Itali meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, punca kematian pemilik suara Pingu itu masih belum didedahkan.
Media sosial dibanjiri reaksi orang ramai khususnya rakan artis dan kenalan bagi mengucapkan takziah sejak pemergiannya pada Sabtu lalu.
Malah, ramai warganet memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang dengan mengimbas kembali ungkapan ikonik Pingu noot noot yang diciptanya.
Bonomi meninggalkan seorang anak perempuan, Paola yang juga bekerja sebagai pelakon suara.
Mendiang merupakan pelakon suara bagi watak Pingu antara tahun 1990 dan 2000.
Bonomi dikatakan tidak pernah menggunakan skrip dan menggunakan suaranya bagi semua watak dalam rancangan kanak-kanak itu.