Olivia Newton-John meninggal dunia akibat kanser - Utusan Malaysia

Olivia Newton-John meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi dan pelakon Hollywood, Olivia Newton-John dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat kanser.

Olivia yang menjadi popular menerusi filem muzikal, Grease bertarung dengan kanser payu dara selama 30 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di ladang miliknya di California, Amerika Syarikat (AS).

Mendiang meninggalkan suami, John Easterling dan anak perempuannya, Chloe Lattanzi.

Easterling dalam satu kenyataan mengesahkan berita kematian Olivia menerusi laman media sosialnya.

“Olivia Newton-John meninggal dunia di ladangnya di selatan California pada pagi ini, dikelilingi ahli keluarga dan kenalan rapat.

“Kami meminta semua orang menghormati privasi keluarga ketika menempuh detik sukar ini.

“Olivia adalah simbol kejayaan dan harapan selama 30 tahun berkongsi pengalaman menghidap kanser payudara,” katanya.

Pada September 2018, Olivia mendedahkan bahawa sedang menerima rawatan bagi kanser di bahagian tulang belakang.

Ia merupakan diagnosis ketiga selepas menghidap kanser payudara pada awal 90an dan 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya