Lelaki tak mandi selama 22 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki tak mandi selama 22 tahun

PENDUDUK kampung mengetahui tabiat Dharamdev Ram yang tidak mandi sejak sekian lama dan tiada sesiapa yang mengejeknya. - AGENSI     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Bihar, India menarik perhatian ramai selepas didedahkan tidak mandi sejak lebih dua dekad lalu.

Lapor Oddity Central, Dharamdev Ram terkenal di kampung halamannya di Baikunthpur.

Meskipun, semua penduduk kampungnya mengetahui tabiat Dharamdev yang tidak mandi selama 22 tahun, namun tiada sesiapa yang mengejeknya.     

Sebaliknya, mereka sangat menghormati keputusan warga emas itu.

Dharamdev berikrar untuk tidak mandi sehingga isu keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah, dihentikan.  

Ram terus berpegang dengan janjinya memandangkan semua masalah itu belum berakhir.

“Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal.

“Namun, pada 1987, saya tiba-tiba menyedari masalah pertikaian tanah, pembunuhan haiwan dan kekejaman terhadap wanita semakin meningkat.

“Sejak itu saya mula mencari jawapan dengan mendekati seorang `guru’ dan memutuskan untuk mengikuti jalan pengabdian. Sejak itu, saya mula bermeditasi,” katanya kepada ETV Bharat.

Sejak 2000, Ram berikrar untuk mengelak daripada mandi sehingga kesemua masalah sosial yang dinyatakan itu berakhir. 

Malah, sepanjang tempoh itu, Dharamdev juga berhenti kerja di kilang sebelum kembali bekerja di tempat lain akibat tekanan daripada keluarganya sendiri.

“Setelah ikrar enggan mandi tersebar secara meluas, Dharamdev dipecat dan dia terus menganggur sejak itu,” jelas laporan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya