Lapan maut lori kontena langgar tiang depan sekolah

Lapan maut lori kontena langgar tiang depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Sebuah lori kontena melanggar sebuah tiang di depan sebuah Sekolah Dasar Negeri Kota Baru II dan III, Bekasi Barat, hari ini, sehingga menyebabkan lapan mangsa meninggal dunia.

Lapor Kompas.com, lori kontena melanggar tiang tersebut sampai tumbang dan menyebabkan beberapa mangsa lain mengalami kecederaan.

Ketua Unit Trafik Polis Metro Bekasi, Farida berkata, kemalangan melibatkan beberapa kenderaan lain dengan sebahagian daripadanya terperosok di bawah lori kontena.

“Seramai tujuh mangsa lain mengalami kecederaan dengan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dan cedera adalah 15 orang.

“Data yang diperoleh masih bersifat sementara,” katanya.

Sejumlah pegawai ambulans dan Unit Polis Perkhidmatan Awam masih mengawal lokasi kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan jalan sepanjang empat kilometer dari Bekasi menuju Jakarta.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya